TH Properties Sdn Bhd melancarkan Pristine Premier dan Riposo Biz Centre, iaitu projek perumahan dan komersial terbaru Kumpulannya, sempena penganjuran Karnival Hartanah Bandar Enstek.
Terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan, kedua-dua projek ini dijangka mendapat sambutan baik daripada pembeli dan pelabur hartanah yang mengidamkan hartanah berkualiti pada harga yang berpatutan.
Pristine Premier yang terdiri daripada 51 unit rumah teres dua tingkat, adalah fasa terakhir projek Pristine, dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM19.18 juta.
Pembangunan ini menampilkan landskap berinspirasikan alam semula jadi dan reka bentuk seni bina kontemporari dengan pelbagai pilihan saiz daripada 20 x 80, 22 x 77 sehingga 22 x 90; serta pilihan keluasan dari 1,662 kaki persegi hingga 1,829 kaki persegi.
Sumber: Suara Merdeka